Tuesday, May 15, 2012

Ugutan Melalui YM

YM merupakan laman chatting yang agak bebas. Anda boleh menulis setiap perkataan yang anda mahukan tanpa batasan. Namun kadang-kadang, ianya membuatkan kita lupa tentang diri sendiri dan orang lain. Bak kata orang, keseronokan itu melemaskan. Apabila kebebasan itu menguasai apa jua yang ingin ditaip atau yang ingin dibincangkan dengan teman sembang di YM, perkara yang sepatutnya peribadi dan disimpan untuk diri sendiri akan dikongsi bersama teman tersebut. Walaupun terdapat individu yang langsung tidak mengenali satu sama lain di luar namun mereka boleh menjadi sangat akrab di atas talian dengan adanya YM.Hal ini selalunya menyebabkan sesetengah individu memberikan kepercayaan kepada orang lain tanpa berfikir panjang.


Pada pendapat saya, individu yang cenderung untuk bersendirian di dunia realiti selalunya akan mempunyai ramai kawan atas talian. Adakah seseorang yang dikenali atas talian itu boleh dipercayai? Mungkin ada yang baik, namun tidak kurang juga yang menggunakan laman chatting seprti YM untuk menipu, memeras ugut, melakukan gangguan seksual dan sebagainya. Sebagai contoh, di bawah merupakan salah satu kes yang berlaku kerana perbualan yang berlangsung di YM dan sejauh mana kesan tersebut mempengaruhi individu terbabit.

I was a victim of extortion on ashley madison.

"To start with i left a dirty message on her phone(she asked me to) using my own cell phone.The woman's profile said she was 28 yrs old. During online chat on yahoo later on,she said she wanted sex and wanted to pretend to be 14 yrs old. I foolishly agreed to this(whatever turns her on).I also foolishly used my real contact name on messenger as my yahoo account kept fouling up. 
As it turns out this is a man who blackmailed me by googling my name and finding my place of work and used the chat messages and a yahoo video to twist the whole thing into one embarrassing situation. 
He emailed me an extortion letter and posted the video online with my name on it and my voice is clearly heard. This in hindsight is an obvious setup. I agreed to pay only because i am embarrassed. I have records of the money wire i sent.
The police have called me to say they have other victims but they want me to come down to the station for a statement. 
They say they want to get this guy.
Should i be worried about this? The police never gave me any indication(although that is not their job)."

Situasi diatas menunjukkan bagaimana seorang pengguna YM boleh dimanipulasi dan menjadi mangsa tipu oleh orang lain dalam talian. Pada awalnya, beliau mengenali seorang wanita yang berusia 28 tahun dalam talian tanpa mengetahui rupa sebenar wanita tersebut. Mangsa juga mengatakan beliau selalu menggunakan kata-kata kesat dan kotor semasa berkomunikasi dengan rakan sembangnya itu. Mangsa merasakan diri sangat dekat dengan wanita tersebut sehingga telah menunjukkan segala hal-hal peribadinya kepada wanita tersebut tanpa beliau ketahui bahawa wanita tersebut sebenarnya seorang lelaki. Mungkin ada sesetengah video yang dihantar kepada wanita itu yang amat privasi tentang dirinya. Video tersebut telah digunakan untuk memeras ugut dirinya sendiri. 


Nafsu yang tidak terkawal kadang-kadang akan menyebabkan kita mudah untuk mempercayai seseorang. Perbualan yang bersifat seks bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia internet terutamanya laman sepert YM pada masa sekarang. Oleh itu, setiap orang haruslah berwaspada dan menggunakan YM dengan etika yang betul. Mungkin pada pendapat sesetengah orang boleh menaip aap sahaja untuk dibincangkan dengan rakan sembangnya di YM kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu tentang hal tersebut. Namun tak seorang pun dari kita tahu bahawa apa yang kita lakukan itu boleh menjadi salah satu agen pemusnah kepada diri sendiri. Sentiasalah berwaspada sebelum menghantar gambar atau video kepada orang lain terutamanya kepada mereka yang tidak dikenali asal usulnya di dunia chatting YM.

sumber: http://legal.advicescene.com/ca/question/6892/i-was-a-victim-of-extortion-on-ashley-madison

No comments:

Post a Comment