Tuesday, May 15, 2012

Kebaikan Ruangan Chatting YM

Semua orang sedia maklum bahawa YM merupakan satu ruangan chatting yang boleh menghubungkan seorang individu dengan individu yang lain tanpa komunikasi bersemuka atau “face to face communication”. Pada pendapat saya, YM memberi kesan baik kepada penggunanya. Mengikut sebuah artikel yang bertajuk “The Benefits Of Chat Room From Yahoo Messenger For Users” hasil tulisan Min Da, YM telah banyak menyediakan kelebihan bagi penggunanya. Antara kelebihan tersebut termasuklah:

1)      Menambah Senarai Kawan-Kawan (Add Friends List):
Fungsi ini digunakan untuk mengemas kini nama-nama saudara mara, kawan-kawan dalam YM dengan menggunakan senarai yang ada pada anda. Anda boleh menggunakan cara-cara yang dicadangkan oleh penulis artikel tersebut untuk menambah bilangan kawan. Misalnya, anda harus menekan Ctrl + A atau klik ikon Tambah (+) yang terdapat pada skrin anda. Sebaik sahaja selesai, nama anda akan dipaparkan dalam senarai YM.






2)      Hantar Mesej Peribadi (Send Message):
Untuk mesej peribadi, anda klik pada ID Yahoo! seseorang yang ingin anda mesej. Anda hanya perlu klik dua kali nama orang yang anda ingin mesej, kemudian masukkan kandungan mesej dan klik Hantar (SEND). Anda juga boleh "mencantikkan" atau “menghias” kandungan mesej anda dengan memilih muka huruf, saiz muka huruf, teks warna, italic, bold. Anda juga boleh "menggambarkan" mesej tersebut dengan smiley (emoticon). Penghantaran mesej dengan cara ini adalah amat menyeronokkan kedua-dua penerima atau penghantar mesej. Anda juga boleh memilih latar belakang untuk mesej dengan klik pada IMVironment icon.



3)      Kelebihan mesej yang unik dalam ruangan chat YM adalah ia membolehkan mesej anda off-line. Ini bermakna bahawa anda boleh menghantar mesej kepada semua orang-orang yang pada bila-bila masa sama ada individu tersebut online atau tidak. Apabila mesej anda off-line, mesej anda akan disimpan pada server. Mesej tersebut hanya akan dipaparkan apabila orang ingin dimesej berada dalam talian.

Pendek kata, YM sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada pengguna sekiranya digunakan dengan betul. YM membolehkan seseorang mengenali lebih ramai rakan yang berasal dari seluruh pelosok dunia. Hal ini membuktikan, penggunaan YM tidak dihalang oleh mana-mana sempadan yang wujud dalam dunia. Oleh itu, setiap pengguna haruslah sedar akan kepentingan dalam menggunakan YM dengan betul.

YM juga memberi peluang kepada pengguna untuk menyampaikan sesuatu mesej yang peribadi kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan. Hal ini termasuklah walaupun pada masa tersebut individu yang ingin dihubungi itu tidak berada dalam talian. Kebaikan YM juga terbukti apabila mesej yang disampaikan dapat disimpan tanpa tarikh luputnya (expired date). Mesej tersebut juga hanya dapat dibaca oleh penerima yang dipilih oleh penghantar. Mesej yang dihantar boleh dihiasi menjadi lebih menarik dengan penggunaan smiley dan emoticon

Selain kebaikan yang dinyatakan oleh Min Da seperti yang tertulis diatas, saya berpendapat YM memberikan lebih daripada apa yang dinyatakan oleh beliau. Sebagai contoh, YM pada masa sekarang bukan sahaja satu ruangan chat yang hanya melibatkan perbualan atau "chatting" yang menggunakan kata-kata yang ditaip sahaja, malahan ianya juga membenarkan penggunakan Webcam dalam taliannya. selain itu, pengguna juga boleh membuat panggilan video (video call) kepada sesiapa yang tersenarai dalam senarai rakan YMnya. Ianya mudah dan jimat kos kerana tiada cas dikenakan untuk panggilan video atau webcam tersebut. Sekiranya dipandang dari sudut yang positif, kelebihan yang ditawarkan oleh YM ini sebenarnya boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan atau percintaan bagi sesetengah orang terutama bagi mereka yang jauh dari orang tersayang. 





artikel: http://www.ideamarketers.com/?Free_Chat_Rooms&articleid=2793284
imej/gambar: sumber dari Google

No comments:

Post a Comment