Wednesday, May 16, 2012

"Chat Translator" untuk Yahoo Messenger

"Chat Translator"



    "Chat Translator" untuk Yahoo Messenger ini merupakan satu alat yang dapat membantu kita untuk menterjemahkan mesej yahoo kepada lebih 20 jenis bahasa, antaranya English, Cina, Jepun, Korea, Rusia, French, Dutch dan lain-lain semasa berchatting

      Apabila kita menghantar mesej, mesej tersebut akan terus diterjemahkan kepada bahasa orang yang menerima mesej tersebut, pada masa yang sama juga, mesej yang akan dibalas akan diterjemahkan terus kepada bahasa kita. Kita boleh memilih "original atau terjemahan" untuk mengelakkan salah faham. Atau kita juga boleh memilih "terjemahan" untuk menghantar terjemahan kepada sahabat/rakan kongsi perniagaan jika kita boleh berbahasa Cina dengan baik.

     Dengan menggunakan "Chat Translator" juga, kita boleh perbincangan serta-merta dengan rakan perniagaan dari seluruh dunia. Hal ini dapat meningkatkan peluang perniagaan dengan pemahaman yang lebih baik.

     Pada pendapat saya, dengan adanya "Chat Translator" ini kita bukan sahaja dapat memahami, tetapi kita akan dapat mempelajari bahasa lain melalui penterjemahan tersebut. Hal ini demikian kerana kita akan mengingati serba sedikit maksud bahasa yang diterjemahkan. 

Sumber: 


3 comments:

  1. dengan adanya 'chat translator' salah faham dalam komunikasi boleh dielakkan. adakalanya, komunikasi menerusi teknologi contohnya seperti Yahoo Messenger boleh menimbulkan banyak salah faham. apabila 2 individu berbual menggunakan 2 bahasa yg berbeza, mesej yang ingin disampaikan mungkin agak terbatas.

    ReplyDelete
  2. Wow, ada chat translator ke? i baru tahu tentang application ini. Jadi, lain kali kalau saya tidak faham bahasa kawan saya, saya boleh just translator saja tanpa tanya balik kat dia dan ia mungkin mengambil masa yang lama. Thanks Jeanette for the info. Ym translator mesra pengguna..hehehe :)

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ada "chat Translater" ini. Dengan adanya perkhidmatan ini, kita dapat memahami bahasa-bahasa yang lain khususnya apabila kita chat dengan kawan-kawan kita yang berasal dari negara-negara lain. saya setuju dengan Nizz.. "Chat Translator" membantu kita untuk mengelakkan perselisihan faham yang wujud akibat daripada perbezaan dalam bahasa. thanx to YM translator :)

    ReplyDelete